Friday, March 4, 2011

JNJ Food Industry @ Ehsan Food Industry

Syarikat JNJ Food Industry ditubuhkan pada November 2007 setelah hampir sepuluh tahun beroperasi sebagai cawangan kepada Hasan Food Industry dipremis yang beralamat No.25 & 26, Rumah Kedai Taman Pulai Jaya, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah Darul Aman sejak dari September 1998.

Pada peringkat awal perniagaan,operasi dijalankan ditiga blok rumah kedai yang disewa dari pemaju dengan kadar sewa yang sangat berpatutan.Pada tahun 2005 pihak syarikat membuat keputusan untuk membeli dua blok rumah kedai tersebut untuk dijadikan aset syarikat dan beroperasi ditapak tersebut dengan lebih selesa. Pada tahun 2007 Syarikat JNJ Food Industry mengambil alih pengurusan dan pentadbiran syarikat secara sepenuhnya dan tidak lagi menjadi cawangan kepada Syarikat Induk Hasan Food Industry yang beribupejabat di Jitra, Kedah. Keputusan untuk tidak lagi menjadi anak syarikat kepada Hasan Food Industry diambil setelah pengurusan syarikat JNJ Food Industry merasakan bahawa sudah sampai masanya untuk berdikari sendiri tanpa bergantung kepada syarikat induk dengan berkembang sedikit demi sedikit seperti kata bidalan `sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’.

Bermula dari detik itulah Syarikat JNJ Food Industry melangkah terus dengan konsep yang dipraktikkan tanpa menoleh kebelakang dan berharap ianya akan berkembang dari masa kesemasa lebih-lebih lagi dengan bantuan dari agensi-agensi kerajaan yang terlibat.Bantuan dari agensi-agensi terlibat adalah amat diharapkan memandangkan masih banyak keperluan yang diperlukan bagi menjayakan misi menjadi antara pengeluar dan pembekal barangan alternatif kepada pengguna muslim amnya dan masyarakat umum secara keseluruhannya.

Adalah diharapkan misi dan visi syarikat akan tercapai apabila tiba masanya nanti dengan bantuan yang diberikan serta gerak inisiatif dari pihak pengurusan dari masa kesemasa.

Misi Syarikat

Syarikat mempunyai misi untuk menyediakan satu medan alternatif ataupun satu pilihan
kepada pengguna Muslim terhadap barangan penggunaan harian yang dibuat oleh tangan-tangan yang mengucap dua kalimah shahadah yakni barangan yang suci lagi baik yang bersifat Halalan Tayyiban terutamanya bagi barangan makanan dan minuman yang merupakan salah satu dari elemen utama didalam pembentukan diri seorang muslim itu sendiri.
Bagi mencapai matlamat tersebut, syarikat begitu komited untuk menyediakan:-

• Satu suasana kerja yang kondusif ,harmoni dan sejahtera bagi pekerja-pekerja
   menjalankan kerja dengan baik.
• Memastikan syarikat mematuhi piawai yang ditetapkan sepertimana yang
  ditentukan oleh agensi-agensi yang terlibat.
• Memastikan kesucian dan kehalalan bahan yang digunakan serta memastikan
   juga ianya dijalankan oleh tangan-tangan yang mengucapkan dua kalimah
  syahadah.

Visi Syarikat


Menjadikan syarikat JNJ Food Industry sebagai salah sebuah syarikat pengeluar barangan makanan dan minuman Bumiputra Islam yang berdaya saing dan mampu memenuhi permintaan dan pasaran tempatan dan juga antarabangsa dan mampu diwarisi oleh generasi seterusnya.

Rangkaian Produk

Bermula dengan hanya memasarkan barangan seperti Kicap, Sos Cili, Sos Tomato dan Rempah Kari dengan jenama Ehsan secara kacil-kecilan disekitar Bandar Alor Setar dan Jitra, kini syarikat telahpun dari masa kesemasa meningkat serta menambahkan produk keluarannya kepada beberapa jenis lagi seperti Sos Tiram,Kicap Pekat, Kuah Rojak, Acar Campuran serta Kordial berperisa Sarsi, Anggur, Rose serta perisa buah-buahan. Adalah diharapkan syarikat akan dapat menambahkan produk keluarannya dari masa kesemasa bagi memenuhi permintaan dan keperluan umat Islam amnya dan masyarakat umum secara keseluruhannya.

• Kicap

• Sos Cili

• Sos Tiram

• Acar Buah-buahan

• Kuah Rojak 400g

• Kuah Rojak Untuk Penjaja

• Kordial Berperisa Sarsi

• Kordial Berperisa Anggur

• Kordial Berperisa Buah-buahan

• Kordial Berperisa Rose


Penutup


Semoga sedikit maklumat ringkas tentang syarikat JNJ Food Industry yakni sebuah syarikat IKS bumiputera yang menjalankan aktiviti pengeluaran dan pemasaran produk makanan dan minuman alternatif kepada umat Islam secara suci dan bersih serta diyakini Halalan Tayyibannya dapat turut memberikan alternatif dan sebagai fardhu kifayah kepada umat islam secara keseluruhannya.